Setelah sekian lama melakukan posisi dan teknik seks yang sama setiap kali berhubungan intim dengan pasangan sudah pasti timbul keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru. Apatah lagi sekiranya sudah lama benar dengan posisi seks ‘itu-itu’ saja
Namun hakikat tidak ramai yang berani mencuba mahupun bertanya tentang hasrat ini pada pasangan. Mereka bimbang suami mahupun isteri tidak dapat menerimanya. Sebab percubaan melakukan posisi seks yang baru harusnya dipersetujui oleh kedua belah pihak agar hubungan intim berjalan lancar dan dinikmati sepenuhnya. Oleh itu bagi yang ragu-ragu mahu meluahkan hasrat untuk mencuba teknik atau posisi seks yang baru bersama pasangan MW memberikan beberapa idea yang boleh anda praktikkan. 1. Berbisik Sambil berjalan-jalan atau bersantai dengan pasangan bisiklah dengan mesra keinginan anda. Selepas itu lanjutkan pula dengan menyatakan fantasi seks yang anda inginkan. Tapi pastikan anda bersikap santai dan tidak terlalu serius semasa meluahkannya. 2. Masa yang tepat Bagi mengelakkan anda mendapat jawapan yang mengecewakan atau reaksi yang negatif dari pasangan pastikan masa anda meluahkan hasrat itu pada waktu tepat. Luahkan ketika suami sedang bersantai membaca akhbar. Ataupun waktu yang paling elok ketika suami atau isteri sedang berbaring di katil sebelum tidur. Jika betul waktunya pasti si dia tidak teragak-agak mengajak anda meneruskan acara. 3. Mulakan dengan pujian Sekiranya mahukan sesuatu dari pasangan lebih elok jika anda memulakannya dengan memberi pujian. Katakan sesuatu yang hebat tentang dirinya tentang aspek seks. Tapi jangan pula dilanjutkan dengan kritikan. Sebaliknya ungkap hasrat anda untuk menambah posisi seks yang baru dalam kamus kehidupan seksual anda berdua. 4. Jangan putus asa Sudah meluahkan rasa hati dengan cara yang paling menggoda namun pasangan masih belum memberikan apa yang diinginkan. Jangan putus asa tapi bersabarlah. Seks adalah sesuatu yang cukup peribadi dan sangat sensitif, mungkin pasangan belum bersedia atau belum biasa dengan posisi baru. 5. Reaksi positif Tapi jika pasangan bersetuju untuk mencuba sesuatu yang baru, tunjukkan reaksi positif semasa bersamanya. Desahan semasa sedang bersama menandakan anda sedang menikmati suasananya. Jika anda tidak suka dengan apa yang dilakukan jangan sesekali menepis tangan atau menolak dengan kasar. Sebaliknya bantu pasangan memahami kehendak dengan mengalihkan tangan ke bahagian yang suka di sentuh atau memberitahu keinginan anda secara lembut. 5. Agar pasangan lebih terbuka Setelah semuanya berjalan lancar dan anda menikmati kehebatan seks pada posisi baru jangan lupa untuk sekali lagi memberikan pujian kepada pasangan. Katakan anda benar-benar menikmatinya. Pujian di akhir ‘persembahan’ akan memastikan pasangan lebih terbuka untuk menerima posisi seks baru di masa hadapan. Malah mungkin lebih teruja untuk melakukannya. Wanita lebih suka membeli belah berbanding seks Kalau lelaki memikirkan seks setiap minit, kajian yang melibatkan kaum wanita memberikan hasil yang berbeza. Kajian di barat mendapati ¾ wanita muda berusia antara 19 hingga 45 tahun lebih banyak memikirkan tentang barangan yang hendak dibeli ataupun ‘shopping’ berbanding seks. Wanita ini memikirkan tentang kegiatan membeli belah sekali setiap 60 saat, berlainan dengan lelaki yang memikirkan aktiviti seks sekali setiap 52 saat. Wah nampaknya, kegiatan ‘shopping’ lebih mendapat tempat di hati wanita berbanding seks. Sudah pasti fakta ini membuatkan golongan ‘pemikir seks’ atau sang lelaki bertambah risau. Bimbang pasangan sanggup mengetepikan seks bersama mereka semata-mata kerana mahu membeli belah. Jika ini benar sudah pasti ramai lelaki tidak senang hati. Bukan saja bimbang keperluan seksnya tidak dipenuhi tapi juga bimbang memikirkan poket mereka yang semakin nipis kerana hobi si isteri ini.