Sending Parcel SCAM

Dewasa ini kerap kita dengar pelbagai penipuan yang giat di jalankan di internet.. orang luar mengambil peluang kebaikan dan keramahan rakyat malaysia untuk mengaut keuntungan. Kegiatan terkini ialah SINDIKET PENGHANTARAN BUNGKUSAN (PARCEL) KEPADA RAKYAT MALAYSIA. Jalan cerita yang mereka lakukan adalah seolah-olah ia benar-benar berlaku ditambah dengan kehadiran AJEN DIPLOMAT.

Setelah tiba di Malaysia, PARCEL anda akan di tahan oleh pihak kastam atau imegresen atas alasan tidak mempunyai TAG IMMUNITY, INSURAN CERTIFICATE dan sebagainya… AJEN DIPLOMAT akan menghubungi anda dan meminta anda membayar sejumlah wang yang besar ke akaun salah seorang RAKYAT MALAYSIA yang tidak berhati perut dan hanya mementingkan diri sendiri.

Atas dasar FRIENDSHIP anda kepada pengirim.. anda akan terpedaya dan berusaha untuk membayar PARCEL yang di dalamnya mengandungi DUIT GBP 10,000 pound, barangan kemas dan juga komputer riba. Jumlah yang perlu dibyar bukan alang-alang… hampir mencecah 20ribuĀ  ringgit malaysia..

Jadi kepada mereka yang gemar berchatting dan berkenalan melalui internet.. berhati-hati lah.. jangan terlalu mempercayai kata-kata mat saleh yang bermulut manis dan cuba menghancurkan UMAT ISLAM. Kata-kata cinta mereka kepada anda terutama wanita akan melemahkan minda danĀ  jiwa sehingga sanggup berhutang dengan sesiapa. akhirnya menggadai diri sendiri.

Sekiranya ajen diplomat itu adalah yang sah dan berdaftar.. pasti PARCEL tersebut akan lepas dari pemeriksaan kastam dan imegresen. Ini semua adalah MODULE OPPERANDUS yang mereka gunakan untuk mengaut keuntungan daripada kita.

Kisah ini adalah benar dan banyak terjadi di seluruh malaysia. Saya ingin berkongsi pengalaman ini bersama anda agar tidak ada yang tertipu seperti yang dilalui oleh sahabat saya.. sehingga kini tidak ada satu pun PARCEL yang sampai ke alamatnya walaupun telah membayar sejumlah RM17,500 kepada pihak kurier yang terbabit dan entah wujud atau tidak ajen yang digelar DIPLOMAT AGENT dan juga PARCEL yang mengandungi barang berharga itu…

Tidak ada rezeki yang datang tanpa usaha titik peluh kita sendiri…

Katakan

Anda pasti adalah telah log masuk untuk mempos komen,