Arkib bagi November, 2008

Tanya hati..

Ada orang beranggapan bahawa berkahwin tanpa cinta tidak mengapa kerana dapat menyemai cinta apabila berumahtangga kelak. Tapi tahukah anda, bahawa ia tidak semudah yang kita sangkakan. Malah ia amat sukar dan susah untuk di laksanakan. Berapa peratuskah diantara pasangan yang bercinta selepas kahwin menemukan kebahagiaan? Kajian menunjukkan hanya 2 daripada 10 pasangan yang bercinta selepas kahwin menemukan kebahagiaan. Yang lain… Hancur di tengah jalan.

Ada yang hidup bersama-sama kerana tanggungjawab dan anak menjadi alasan untuk tetap bersama. Tapi, bagaimana dengan hati yang telah hancur merana? Adakah kita sanggup meneruskan sisa-sisa hidup ini dengan melalui jalan yang tidak kita sanggup teruskan?

Bagi psangan yang ingin mendirikan rumahtangga, dinasihati kenali lah pasangan anda sempuasnya.Apabila ikatan telah terbina maka kita tak akan dapat memutuskan nya dengan mudah kerana banyak pihak akan terlibat. Nikmatilah hidup ini dengan penuh kasih sayang dan kebahagiaan.

Tinggalkan komen »

Hilang Sudah..

Dicintai adalah lebih baik daripada mencintai… Kerana  diri kita akan lebih dihargai dan dikasihi.. berbanding kita mencintai tanpa dicintai, kehangatan asmara adalah sementara sahaja..Hubungan yang terbina tanpa cinta adalah jalinan yang sia-sia. Tidak ada kata-kata yang memberi semangat hidup untuk pasangan kita.Hidup dengan penuh kepura-puraan.

Tidak ada kata-kata manis,

tidak ada kehangatan asmara,

tidak ada gurau senda,

tidak ada kasih-sayang,

tidak ada renungan tajam,

semuanya akan hilang.. beransur-ansur

lenyap di mamah masa yang tak akan menanti kita

Tinggalkan komen »