Ada orang beranggapan bahawa berkahwin tanpa cinta tidak mengapa kerana dapat menyemai cinta apabila berumahtangga kelak. Tapi tahukah anda, bahawa ia tidak semudah yang kita sangkakan. Malah ia amat sukar dan susah untuk di laksanakan. Berapa peratuskah diantara pasangan yang bercinta selepas kahwin menemukan kebahagiaan? Kajian menunjukkan hanya 2 daripada 10 pasangan yang bercinta selepas kahwin menemukan kebahagiaan. Yang lain… Hancur di tengah jalan.
Ada yang hidup bersama-sama kerana tanggungjawab dan anak menjadi alasan untuk tetap bersama. Tapi, bagaimana dengan hati yang telah hancur merana? Adakah kita sanggup meneruskan sisa-sisa hidup ini dengan melalui jalan yang tidak kita sanggup teruskan?
Bagi psangan yang ingin mendirikan rumahtangga, dinasihati kenali lah pasangan anda sempuasnya.Apabila ikatan telah terbina maka kita tak akan dapat memutuskan nya dengan mudah kerana banyak pihak akan terlibat. Nikmatilah hidup ini dengan penuh kasih sayang dan kebahagiaan.