Disember 25, 2008
· Dikirim dalam Uncategorized · Tagged hamil, hormon, indropos, lelaki, monopos, ovari, seks, sperma, subur, tabung uji, wanita
Usia 40 tahun adalah usia puncak bagi lelaki. Termasuk dalam urusan seks. Seorang peneliti asal Prancis mengungkapkan bahwa kesuburan lelaki dan kehamilan wanita akan menurun secara mendadak ketika mencapai umur 40 tahun.
Penelitian ini dilakukan terhadap 2.000 orang pasangan yang secara rutin menjalani ujian kesuburan. Dari ujian yang dilakukan di dapati bahawa kehamilan akan gagal sebanyak 70% pada pasangan suami isteri dimana lelaki telah berumur di atas 40 tahun.
Wanita-wanita yang mengikuti ujian tersebut adalah wanita tidak subur. Mereka adalah wanita yang mengikuti program bayi tabung. Oleh karena itu maka usia calon ayah bagi bayi tersebut merupakan faktor penting bagi pasangan tersebut agar mencapai keberhasilan.
Hasil kajian lain juga menyebutkan bahawa semakin tinggi usia lelaki maka semakin kecil pulalah kemampuannya menjadi Bapa. Hal ini disebabkan telah terjadinya perubahan pada struktur biologis dan karana adanya penurunan kemampuan seksual.
“Hasil penemuan penelitian kami untuk pertama kalinya memberikan bukti kuat faktor menurunnya kemungkinan seorang pria dapat menjadi ayah terkait erat dengan usia biologis lelaki,” ujar peneliti tersebut.
Jika di hubungkan dengan program bayi tabung, maka tingkat keberhasilan program bayi tabung akan semakin kecil jika usia si calon ayah tinggi. Hal tersebut disebabkan dari mutu atau kualiti sperma yang dihasilkan tidak kuat. Pada wanita, kesuburan akan turun ketika usia mereka mencapai 35 tahun.
November 21, 2008
· Dikirim dalam Uncategorized · Tagged buah hati, cinta, hati, kasih, kekaasih, kini, luka, muda, pasangan, sayang, seks, selamanya, tua
Ada orang beranggapan bahawa berkahwin tanpa cinta tidak mengapa kerana dapat menyemai cinta apabila berumahtangga kelak. Tapi tahukah anda, bahawa ia tidak semudah yang kita sangkakan. Malah ia amat sukar dan susah untuk di laksanakan. Berapa peratuskah diantara pasangan yang bercinta selepas kahwin menemukan kebahagiaan? Kajian menunjukkan hanya 2 daripada 10 pasangan yang bercinta selepas kahwin menemukan kebahagiaan. Yang lain… Hancur di tengah jalan.
Ada yang hidup bersama-sama kerana tanggungjawab dan anak menjadi alasan untuk tetap bersama. Tapi, bagaimana dengan hati yang telah hancur merana? Adakah kita sanggup meneruskan sisa-sisa hidup ini dengan melalui jalan yang tidak kita sanggup teruskan?
Bagi psangan yang ingin mendirikan rumahtangga, dinasihati kenali lah pasangan anda sempuasnya.Apabila ikatan telah terbina maka kita tak akan dapat memutuskan nya dengan mudah kerana banyak pihak akan terlibat. Nikmatilah hidup ini dengan penuh kasih sayang dan kebahagiaan.
November 21, 2008
· Dikirim dalam Uncategorized · Tagged asmara, cinta, hangat, hilang, isteri, kasih, sayang, suami, suami isteri
Dicintai adalah lebih baik daripada mencintai… Kerana diri kita akan lebih dihargai dan dikasihi.. berbanding kita mencintai tanpa dicintai, kehangatan asmara adalah sementara sahaja..Hubungan yang terbina tanpa cinta adalah jalinan yang sia-sia. Tidak ada kata-kata yang memberi semangat hidup untuk pasangan kita.Hidup dengan penuh kepura-puraan.
Tidak ada kata-kata manis,
tidak ada kehangatan asmara,
tidak ada gurau senda,
tidak ada kasih-sayang,
tidak ada renungan tajam,
semuanya akan hilang.. beransur-ansur
lenyap di mamah masa yang tak akan menanti kita
Oktober 11, 2008
· Dikirim dalam Uncategorized · Tagged agent diplomat, ajen, bungkusan, duit, kiriman, kurier, parcel, pengalaman, penghantaran, ringgit malaysia, scam, sedih, tipu
Dewasa ini kerap kita dengar pelbagai penipuan yang giat di jalankan di internet.. orang luar mengambil peluang kebaikan dan keramahan rakyat malaysia untuk mengaut keuntungan. Kegiatan terkini ialah SINDIKET PENGHANTARAN BUNGKUSAN (PARCEL) KEPADA RAKYAT MALAYSIA. Jalan cerita yang mereka lakukan adalah seolah-olah ia benar-benar berlaku ditambah dengan kehadiran AJEN DIPLOMAT.
Setelah tiba di Malaysia, PARCEL anda akan di tahan oleh pihak kastam atau imegresen atas alasan tidak mempunyai TAG IMMUNITY, INSURAN CERTIFICATE dan sebagainya… AJEN DIPLOMAT akan menghubungi anda dan meminta anda membayar sejumlah wang yang besar ke akaun salah seorang RAKYAT MALAYSIA yang tidak berhati perut dan hanya mementingkan diri sendiri.
Atas dasar FRIENDSHIP anda kepada pengirim.. anda akan terpedaya dan berusaha untuk membayar PARCEL yang di dalamnya mengandungi DUIT GBP 10,000 pound, barangan kemas dan juga komputer riba. Jumlah yang perlu dibyar bukan alang-alang… hampir mencecah 20ribu ringgit malaysia..
Jadi kepada mereka yang gemar berchatting dan berkenalan melalui internet.. berhati-hati lah.. jangan terlalu mempercayai kata-kata mat saleh yang bermulut manis dan cuba menghancurkan UMAT ISLAM. Kata-kata cinta mereka kepada anda terutama wanita akan melemahkan minda dan jiwa sehingga sanggup berhutang dengan sesiapa. akhirnya menggadai diri sendiri.
Sekiranya ajen diplomat itu adalah yang sah dan berdaftar.. pasti PARCEL tersebut akan lepas dari pemeriksaan kastam dan imegresen. Ini semua adalah MODULE OPPERANDUS yang mereka gunakan untuk mengaut keuntungan daripada kita.
Kisah ini adalah benar dan banyak terjadi di seluruh malaysia. Saya ingin berkongsi pengalaman ini bersama anda agar tidak ada yang tertipu seperti yang dilalui oleh sahabat saya.. sehingga kini tidak ada satu pun PARCEL yang sampai ke alamatnya walaupun telah membayar sejumlah RM17,500 kepada pihak kurier yang terbabit dan entah wujud atau tidak ajen yang digelar DIPLOMAT AGENT dan juga PARCEL yang mengandungi barang berharga itu…
Tidak ada rezeki yang datang tanpa usaha titik peluh kita sendiri…
Ogos 1, 2008
· Dikirim dalam Uncategorized · Tagged batin, cinta, duit, hak, hubungan, isteri, kasih, nikah, pendapatan, perkahwinan, rumahtangga, suami isteri, zahir, zahir batin
Saya terjumpa sebuah artikel yang saya rasa menarik dan dapat dikongsi dengan wanita yang telah mendirikan rumahtangga.. walaupun hal ini diketahui ramai.. tapi saya yakin masih ada segelintir yang kurang memahami konsep yang di maksudkan. Semoga artikel ini dapat memberi pengetahuan dan manfaat kepada isteri-isteri dan wanita yang bakal mendirikan rumah tangga.
-Artikel di petik dari laman pengantin.com-
Hidup suami isteri kena ada give & take…walau apa pun…u kena bincang dgn suami..kami di sini boleh kasi pendapat saja…kebykkan kepincangan rumahtangga berpunca dari soal nafkah (zahir & batin)..kena ingat..jika isteri gunakan duit nya utk perbelajaan keluarga..dapat pahala sedekah…tapi tidak bermakna suami boleh lepas tangan kerana nafkah zahir adalah tanggungjawab suami…PERKARA yg pertaman dihitung bagi sorang lelaki adalah NAFKAH pada isteri…
Hidup suami isteri kena ada give & take…walau apa pun…u kena bincang dgn suami..kami di sini boleh kasi pendapat saja…kebykkan kepincangan rumahtangga berpunca dari soal nafkah (zahir & batin)..kena ingat..jika isteri gunakan duit nya utk perbelajaan keluarga..dapat pahala sedekah…tapi tidak bermakna suami boleh lepas tangan kerana nafkah zahir adalah tanggungjawab suami…PERKARA yg pertaman dihitung bagi sorang lelaki adalah NAFKAH pada isteri…
Tanggungjawab suami amat berat…dia sepatutnya meneydiakan nafkah zahir & batin…jika dia gagal…itu dah jatuh berdosa…tapi sebagai isteri yg dizinkan bekerja…tak salah meringankan beban suami…jika rasa tak puas hati…baik bawak berbincang…jgn pendam & jgn ungkit…biar selesaikan sekarang…PERLU DIINGATKAN walau pun isteri bekerja…suami WAJIB beri nafkah pada isteri..walau cuma RM50 sebulan..utk kegunaan isteri..(bukan beli brg dapur yek)…dan isteri berhak menuntutnya…jika suami ingkar, isteri buleh mengadu atau buat laporan…(bukan utk bercerai yek)..tapi mengadu yg suami gagal beri nafkah pada isteri..
Bukan niat saya nak memporak perandakan rumahtangga, tapi ini adalah HAK2 wanita dalam perundanga ISLAM & PERKAHWINAN…dan ramai wanita kurang sedar akan hak2 mereka…Wanita hanya akan sedar/ungkit & tuntut jika berlaku pergaduhan/perceraian…
Dalam nafkah batin (maaf kalau terlari topik.. but ini masuk soal nafkah juga)…Tanggungjawab suami utk memuaskan tuntutan batin isteri…jika suami gagal…sudah jatuh berdosa (ramai yg tak sedar hal ini)…si isteri..jika melayan suami (samada suami puas atau tidak)…tetap dikire pahala sedekah…jadik…para suami kena renungkan…
Perlu diingatkan…Suami TIDAK berhak atas duit isteri…jika dia menggunakan tanpa izin isteri atau takpa rela isteri…HARAM hukumnya…dan kalau masa berbelanja barangan dapur atau keperluan lain…jika suami ckp..”guna duit awak dululah….nanti abg ganti”….suami WAJIB ganti sebab itu sgb hutang…unless si isteri menghalalkan….so..jgn pandang remeh soal nafkah…kerana ia melibatkan dosa
Pada yang belum bernikah…bincang soal nafkah awal…such as…sapa bayar keter…rumah…bil2…brg dapur…etc..etc…moga kemudian hari tidak diungkit…demi kebaikan bersama…
Mei 28, 2008
· Dikirim dalam Uncategorized
Hello there… feel free to write? Welcome…