Arkib bagi wanita

Nilai Tudung

Terjumpa satu artikel menarik untuk dikongsi bersama. ..

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

 

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.

Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.

Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).

Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.

Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.

Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada’ dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.

Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.

Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Artikel Wanita Cinta ini telah dikirimkan oleh anai di Forum Tentang Cinta.

Tinggalkan komen »

Penjagaan Vagina

-sumber dipetik dari INTERNET -

Berbicara soal alat sulit wanita atau vagina, memang agak terasa janggal jika dilakukan secara terbuka.  Namun, dalam masa yang sama, persoalan demi persoalan sering dibangkitkan atas faktor kesihatan dan keharmonian rumahtangga.  Dilema ini bukan sahaja menghantui satu atau dua orang wanita sahaja, tetapi semua wanita terutama mereka yang bercadang ingin berkahwin, isteri dan ibu kepada beberapa orang anak.

Apa yang dimaksudkan dengan vagina umph!?  Adakah ia menjurus kepada soal “kerapatan”, kesihatan, bentuk atau ciri-ciri istimewa lain yang ingin dimiliki oleh wanita dan dirasai oleh lelaki?  Jawapan kepada soalan ini sangat luas dan subjektif.  Ada wanita yang tidak memberikan sepenuh perhatian kepada penjagaan vagina dan ada yang terlalu taksub akan kehebatan alat sulitnya ini.  Walaupun wujud kedua-dua jenis golongan wanita di atas, vagina tetap satu.  Yang membezakannya ialah mana yang lebih sihat dan  mana yang sering “sakit-sakit”.

Seorang bidan kampung ada menyebut, “kesihatan wanita terletak pada ‘nyawa’ di bawah tu.”  Manakala ada seorang bidan muda pula menyatakan, vagina perlu dipelihara seperti menjaga sekuntum bunga yang sedang mekar.  Jika tidak disirami dan dibaja, ia akan layu dan pokok tidak akan berseri lagi.

Maksudnya di sini, wanita perlu menjaga kesihatan dan kebersihan alat sulit mereka.  Vagina diibaratkan seperti sekuntum bunga yang sedang kembang mekar, jika wanita gagal memastikan kesihatan vagina, badan turut mendapat implikasi.  Misalnya, badan lebih cepat letih, nampak tua dan tidak cergas.

Walau bagaimanapun, soal vagina tidak hanya tertumpu pada kesihatan dan kebersihan sahaja.  Tetapi, yang lebih dianggap penting adalah saiz salah satu organ wanita ini.  Walaupun tiada siapa tahu sejauh mana saiz vagina setiap wanita, tetapi ramai beranggapan bahawa wanita yang masih dara mempunyai vagina “sempit” manakala wanita yang sudah bersuami dan beranak memiliki vagina yang agak longgar.  Adakah ini benar? TIDAK SEMESTINYA!!

Perlu diingatkan bahawa kepuasan hubungan kelamin bukan bergantung pada saiz atau rupa bentuk alat kelamin semata-mata.  Sebaliknya penjagaan kebersihan dan mahir teknik-teknik tertentu hubungan kelamin akan membantu memberikan kepuasan kepada pasangan suami isteri.

Walau bagaimanapun, rata-rata wanita mengidamkan vagina sempit. “elok untuk kepuasan suami,” kata S yang sudah lima tahun bergelar isteri.  Oleh itu, wanita sanggup melakukan apa sahaja agar vagina kembali sempit seperti anak dara.  Misalnya mencuba pelbagai produk, senaman dan yang lebih berkemampuan melakukan pembedahan agar memiliki vagina idaman.  Bagaimanapun di Malaysia, pembedahan vagina tidak begitu popular kerana ia melibatkan kos yang mahal.

Sejak dahulu lagi, orang-orang tua sudah banyak menurunkan petua berguna untuk keharmonian rumah tangga.  Salah satu petua untuk menyempitkan vagina ialah menggunakan buah manjakani yang berbentuk bulat seperti buah langsat muda dan keras.  Air rendaman buah manjakani ini boleh diminum atau disapu pada bibir vagina untuk mengetatkannya.  Selain itu, terdapat juga amalan memakan pucuk betik.  Masyarakat Kemboja pula mengamalkan memakan anak kerengga.

Selain pemakanan, lubang vagina boleh diperbaiki dengan cara senaman.  Antara senaman yang popular adalah senaman lantai pelvik dan senaman kenutan.  Senaman lantai pelvik biasanya mengambil masa 10 minit satu sesi.  Kedudukan senaman, anda perlu berbaring lurus menelentang, kepit kedua-dua belah kaki dan mulakan kenutan pada bahagian vagina berulang-ulang.

jika anda tiada masa untuk melakukan senaman tersebut, anda boleh mengamalkan senaman kemutan.  Ia boleh dilakukan di mana sahaja tanpa perlu mengawak posisi badan.  Lakukannya sama seperti anda menahan kencing.  Semakin kerap anda lakukan, semakin kuat otot vagina.  Kemampuan otot vagina inilah sebenarnya kunci kepada kenikmatan hubungan kelamin.  Otot inilah yang akan memainkan peranan untuk melakukan kemutan agar vagina terasa rapat.

Walaupun vagina tidak ditunjukkan secara terang-terangan, namun “cahaya” vagina dapat dipancarkan melalui wajah seseorang.  Oleh yang demikian, pastikan anda benar-benar menjaga “kuntum bunga” yang sedang mekar ini agar sentiasa ceria dan cergas.

Tinggalkan komen »

Fisiologi Wanita Selama 28 hari

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh . Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

CONTOHNYA: Katalah anda period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14. Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

- dipetik dari sumber INTERNET -

Tinggalkan komen »

Jangan Ragu Cuba Posisi Baru

Setelah sekian lama melakukan posisi dan teknik seks yang sama setiap kali berhubungan intim dengan pasangan sudah pasti timbul keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru. Apatah lagi sekiranya sudah lama benar dengan posisi seks ‘itu-itu’ saja

Namun hakikat tidak ramai yang berani mencuba mahupun bertanya tentang hasrat ini pada pasangan. Mereka bimbang suami mahupun isteri tidak dapat menerimanya. Sebab percubaan melakukan posisi seks yang baru harusnya dipersetujui oleh kedua belah pihak agar hubungan intim berjalan lancar dan dinikmati sepenuhnya. Oleh itu bagi yang ragu-ragu mahu meluahkan hasrat untuk mencuba teknik atau posisi seks yang baru bersama pasangan MW memberikan beberapa idea yang boleh anda praktikkan. 1. Berbisik Sambil berjalan-jalan atau bersantai dengan pasangan bisiklah dengan mesra keinginan anda. Selepas itu lanjutkan pula dengan menyatakan fantasi seks yang anda inginkan. Tapi pastikan anda bersikap santai dan tidak terlalu serius semasa meluahkannya. 2. Masa yang tepat Bagi mengelakkan anda mendapat jawapan yang mengecewakan atau reaksi yang negatif dari pasangan pastikan masa anda meluahkan hasrat itu pada waktu tepat. Luahkan ketika suami sedang bersantai membaca akhbar. Ataupun waktu yang paling elok ketika suami atau isteri sedang berbaring di katil sebelum tidur. Jika betul waktunya pasti si dia tidak teragak-agak mengajak anda meneruskan acara. 3. Mulakan dengan pujian Sekiranya mahukan sesuatu dari pasangan lebih elok jika anda memulakannya dengan memberi pujian. Katakan sesuatu yang hebat tentang dirinya tentang aspek seks. Tapi jangan pula dilanjutkan dengan kritikan. Sebaliknya ungkap hasrat anda untuk menambah posisi seks yang baru dalam kamus kehidupan seksual anda berdua. 4. Jangan putus asa Sudah meluahkan rasa hati dengan cara yang paling menggoda namun pasangan masih belum memberikan apa yang diinginkan. Jangan putus asa tapi bersabarlah. Seks adalah sesuatu yang cukup peribadi dan sangat sensitif, mungkin pasangan belum bersedia atau belum biasa dengan posisi baru. 5. Reaksi positif Tapi jika pasangan bersetuju untuk mencuba sesuatu yang baru, tunjukkan reaksi positif semasa bersamanya. Desahan semasa sedang bersama menandakan anda sedang menikmati suasananya. Jika anda tidak suka dengan apa yang dilakukan jangan sesekali menepis tangan atau menolak dengan kasar. Sebaliknya bantu pasangan memahami kehendak dengan mengalihkan tangan ke bahagian yang suka di sentuh atau memberitahu keinginan anda secara lembut. 5. Agar pasangan lebih terbuka Setelah semuanya berjalan lancar dan anda menikmati kehebatan seks pada posisi baru jangan lupa untuk sekali lagi memberikan pujian kepada pasangan. Katakan anda benar-benar menikmatinya. Pujian di akhir ‘persembahan’ akan memastikan pasangan lebih terbuka untuk menerima posisi seks baru di masa hadapan. Malah mungkin lebih teruja untuk melakukannya. Wanita lebih suka membeli belah berbanding seks Kalau lelaki memikirkan seks setiap minit, kajian yang melibatkan kaum wanita memberikan hasil yang berbeza. Kajian di barat mendapati ¾ wanita muda berusia antara 19 hingga 45 tahun lebih banyak memikirkan tentang barangan yang hendak dibeli ataupun ‘shopping’ berbanding seks. Wanita ini memikirkan tentang kegiatan membeli belah sekali setiap 60 saat, berlainan dengan lelaki yang memikirkan aktiviti seks sekali setiap 52 saat. Wah nampaknya, kegiatan ‘shopping’ lebih mendapat tempat di hati wanita berbanding seks. Sudah pasti fakta ini membuatkan golongan ‘pemikir seks’ atau sang lelaki bertambah risau. Bimbang pasangan sanggup mengetepikan seks bersama mereka semata-mata kerana mahu membeli belah. Jika ini benar sudah pasti ramai lelaki tidak senang hati. Bukan saja bimbang keperluan seksnya tidak dipenuhi tapi juga bimbang memikirkan poket mereka yang semakin nipis kerana hobi si isteri ini.

Tinggalkan komen »